Pengendali skuad Bujang Senang, David Usop berkata bahawa kehilangan fokus telah melenyapkan harapan Sarawak untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 mata dari Alor Setar jumaat lepas.
Memetik laporan dari Utusan Borneo, David Usop mengakui bahawa pemainnya tidak fokus 100% dalam sepanjang 90 minit masa permainan biarpun berjaya menguasai permainan dalam separuh masa pertama perlawanan.
Kegagalan pasukan Sarawak untuk mengekalkan momentum pisitif telah dihukum Kedah apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan dan kemenangan di babak kedua perlawanan.
Sarawak perlu berkerja keras menang dalam menggunakan kelebihan beraksi di Stadium Negeri menentang Pahang pada minggu ini.
Dapatkan Jersi Rasmi SarawakCrocs 2017 sekarang melalui pre-order sahaja pada harga RM70!