Sarawak mula lebih kerap berlatih di padang rumput

Mungkin menyedari bahawa latihan di atas padang tiruan mungkin mempengaruhi keputusan perlawanan sebelum ini, pasukan bimbingan K Rajagobal telah kembali menjalani latihan harian mereka di atas padang rumput di Stadium Negeri.

Latihan skuad Bujang Senang bermula selepas pemain-pemain diberi rehat pendek selepas perlawanan menentang Kedah seminggu yang lalu.

Keputusan tanpa menang pasukan Bujang Senang di dalam Liga Super telah menyebabkan Persatuan Boasepak Sarawak (FAS) mengakui mereka akan menilai semula keadaan latihan, pemain dan jurulatih pasukan tersebut bagi memastikan Sarawak kembali mengecapi kemenangan apabila Liga Super bersanmbung April kelak.

Sebelum ini, skuad Bujang Senang kerap menghabiskan kebanyakan masa latihan mereka di Padang C, yang mana telah dilengkapkan dengan padang tiruan. Adalah difahamkan bahawa latihan di Padang C telah berlangsung sejak Januari demi untuk memastikan padang Stadium Negeri boleh dijaga dengan lebih baik.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top