Sarawak kena ‘Makan’ dua kali

Pasukan Bujang Senang gagal memanfaatkan peluang bermain di laman sendiri apabila tewas dua kali kepada pasukan Terenganu T-Team sebentar tadi.

Kedua-dua gol T-Team dijaringkan oleh Makan Konate dan Dishod.

Sarawak memulakan asakan awal dan minit ke-18, namun peluang yang terhidang kepada Junior Aparecido gagal disempurnakan dengan baik dan terus ke dakapan  penjaga gol T-Team, Muhammad Ilham. Perlawanan selepas itu agak hambar dengan kedua-dua pasukan gagal memasuki kawasan penalti pasukan lawan dengan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Bermula babak kedua, pasukan T-Team terbukti pasukan yang lebih banyak melakukan asakan dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan ke-54 apabila pemain importnya, Makan Konate berjaya menjaringkan gol hasil tandukan bola hantaran sepakan sudut.

Sarawak berusaha untuk bangkit selepas itu dengan memasukkan penyerang handalan pasukan Piala Presidennya Tommy Mawat, namun perubahan ini gagal membawa banyak perubahan kepada rentak perlawanan yang terus dikuasai oleh T-Team.
Tommy Mawat masuk
Pada minit ke-69, Dishod sekali lagi menggegarkan jaring untuk meletakkan T-Team lebih selesa di hadapan.

Terdesak, pasukan Sarawak memasukkan J Partiban, dan semua pemain Sarawak mula naik ke arah pintu gol T-Team bagi mencari gol.

Sungguhpun demikian, semua usaha tersebut gagal sehingga wisel penamat dengan T-Team pulang gembira dengan tiga mata penuh.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top