Kegagalan mendapatkan mata penuh di tempat sendiri malam tadi menyaksikan pasukan Sarawak FA kini berada di zon penyingkiran.
Walaupun baru tiga perlawanan berlangsung, Sarawak masih tercari rentak dengan di dalam Liga Super dengan hanya satu mata dikutip setakat ini.
Mengiringi Sarawak adalah pasukan Pulau Pinang yang berada di tangga terbawah, tanpa sebarang mata.
Pahang yang menang ke atas Sarawak malam tadi kini gah di persada liga dengan tujuh mata, manakala Perak dan Kedah menduduki tangga kedua dan ketiga selepas berjaya menundukkan lawan masing-masing kelmarin.
Pasukan JDT, Kelantan dan Melaka dilihat turun dari kedudukan asal mereka di dalam Liga Super kerana masih belum bermain kesemua tiga perlawanan seperti yang sepatutnya.