Seri 1-1 menentang Terengganu FC 2 di dalam Challenge Cup baru-baru ini tidak cukup untuk mengubat keresahan pemainat Sarawak FA yang terus disajikan dengan keputusan yang bukan sahaja tidak memihak Sarawak FA, namun terus teruk dikhabarkan.
Belum cukup ‘dikuliahkan’ UKM FC 5-1 tempoh hari, dan kemudiannya diberi ‘tunjuk ajar’ oleh pasukan A-League Australia, Perth Glory FC, pasukan Sarawak FA terus meneruskan rentak kekalahan teruk di atas padang.
Malam tadi, pasukan Sarawak FA tewas 7-0 kepada Perth Glory FC di dalam aksi persahabatan kedua mereka di Stadium Negeri.
Biarpun kali ini pasukan yang diturunkan merupakan pasukan ‘pilihan Sarawak FA’ yang terdiri daripada pemain belia dan pemain simpanan Sarawak FA, kekalahan teruk sebanyak 7-0 hanya menunjukkan jurang perbedaan jelas di antara pasukan Perth Glory dengan Sarawak FA.
Kekalahan besar-besaran secara ‘back-to-back’ ini sememangnya amat menggusarkan ramai peminat, kerana belum pernah pasukan Sarawak FA mendapat kekalahan sebegini di dalam sejarah bolasepak profesional Sarawak FA.
Tambah memeritkan lagi adalah hakikat bahawa pasukan Perth Glory FC dan UKM FC bukanlah pasukan negara atau negeri, tetapi merupakan pasukan kelab bolasepak seperti Manchester United.
Seharusnya, jika sesebuah pasukan membawa nama sesebuah negara atau negeri seperti Sarawak, ianya seharusnya merupakan pasukan yang terkuat dan terbaik dari negara atau negeri tersebut. Ianya sepatutnya terdiri dari pemain anak watan Sarawak yang dipilih.
Sungguhpun demikian, Sarawak FA kini merupakan wakil Sarawak yang bukan sahaja terdiri daripada pemain luar, tetapi mempunyai prestasi yang amat memilukan, terutama sekali jika keputusan yang dipaparkan kelihatan.
Pada pengamatan kami, perlawanan Sarawak FA menentang Perth Glory FC (yang diagung-agungkan oleh FAS) atau UKM FC (di dalam Challenge Cup) sepatutnya tidak terjadi sebab Sarawak FA tidak layak menentang pasukan kelab.
Pasukan Sarawak FA yang mewakili bumi Sarawak sepatutnya hanya menentang pasukan negeri lain seperti Kedah, Johor dan setara denganya.
Perlawanan Sarawak FA menentang Perth Glory FC adalah seperti Malaysia menentang Manchester United. Pada ketika itu, laungan Ultras Malaya kuat membantah dan memboikot perlawanan seperti itu kerana ianya mengaibkan.
Peliknya di Sarawak kini, kita dengan bangganya mencanangkan perlawanan seumpamanya. Apabila Sarawak tewas besar, ianya dijangka, namun rakyat Sarawak malu kerana nama negeri mereka dikaitkan dengan pasukan bolasepak yang dibelasah pasukan profesional.
Dalam pada itu, kami berharap pasukan Sarawakk FA dibubarkan-lah. Fokuslah kepada membentuk pasukan di bahagian dan daerah.
Bila dan jika pasukan seperti Perth Glory kembali, biarlah mereka menentang pasukan-pasukan tersebut pada kali itu. Paling tidak pun, berilah Kuching FA (yang juga sepatutnya dijenama semula menjadi Kuching FC) untuk menentang mereka.
#BubarlahSarawakFA dan fokus kepada pembangunan bolasepak komuniti dan setempat. – SARAWAKCROCS.COM/CDN