Beberapa peminat yang kami temui dan bertanya berhubung perlawanan play-off Liga Premier 2020 malam ini melahirkan keyakinan bahawa Sarawak FA mempunyai cukup kualiti untuk menang.
Seorang peminat bernama Lan berkata, biarpun Sarawak FA mengakhiri liga di tangga bawah, tidak dinafikan bahawa pasukan tersebut mempunyai pemain-pemain berkaliber seperti Bobby Gonzales, Benedict Martin, Abdul Rahim, Shreeen Tambi dan banyak lagi.
Lan juga berkata, pemain import seperti Hudson Dias juga memberikan Sarawak FA lebih kelebihan berbanding pasukan Kuching FA yang rata-rata dibarisi pemain tempatan.
Lan yang juga mengakui dirinya amat meminati dan mengikuti pasukan Sarawak turut berkata bahawa beliau ada mendengar khabar dari pemain bahawa mereka telah dibayar bonus pada minggu ini, sekaligus memberikan pasukan Sarawak suntikan moral untuk beraksi lebih baik.
Seorang lagi peminat bola sepak Sarawak, yang juga merupakan pembaca SarawakCrocs, Mathew, memaklumkan kami melalui DM bahawa pengakuan Denny bahawa tiga pemain utama cedera sebelum ini adalah satu berita yang kurang tepat.
Mathew berkata ketiga-tiga pemain bukanlan pemain utama pasukan Sarawak FA, dan ini mungkin satu taktik untuk mengurangkan tekanan kepada pasukan Sarawak untuk perlawanan penting ini.
Dalam pada itu, satu lagi sumber kami yang tahu akan perkembangan pasukan Sarawak FA, tetapi enggan dinamakan atas faktor peribadi, berkata bahawa beliau merasakan Sarawak memiliki lebih pemain berkualiti berbanding Kuching FA.
Cuma yang mungkin menjadi pemisah di dalam perlawanan kelak adalah bagaimana Sarawak FA merencanakan pelan taktikal kerana pelan taktikal yang salah akan menyaksikan Sarawak FA tewas.
Kuching FA dan Sarawak FA akan bertemu malam ini di dalam perlawan terakhir dan terpenting dengan pemenang perlawanan bakal beraksi di Liga Premier 2020.