Sarawak FA belum mengaku kalah, akan berusaha menang

Pasukan Sarawak FA dilaporkan oleh akhbar Utusan Borneo hari ini sebagai enggan mengaku kalah.

Semangat juang ini disebut oleh Penolong Jurulatih Sarawak Denny Da’ail dalam laporan tersebut yang mana beliau menyatakan bahawa Sarawak akan berusaha untuk mencapai kemenangan hari ini apabila bertandang ke Stadium Kota Bharu Kelantan.

Perlawanan menentang Kelantan FA itu dianggap perlawanan harus menang kerana kekalahan akan menyingkirkan Sarawak dari saingan Challenge Cup secara terus.

Denny dilaporkan sebagai berkata hanya kemenangan dapat menjadi penyelamat kepada pasukan bimbingannya di dalam Challenge Chup 2019.

Dalam pada itu, penolong jurulatih itu juga dipetik sebagai berkata bahawa beliau akan menurunkan beberapa pemain muda yang telah menunjukkan prestasi mantap sebelum ini untuk perlawanan ini.

Beliau juga mengesahkan bahawa Bobby Gonzales dan Nur Azizi Ramlie akan hampir pasti beraksi berikutan semakin pulih dari kecederaan.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top