Pasukan Sarawak FA menunjukkan persediaan ingin bangkit pada perlawanan play-off kelak dengan membelasah pasukan Holdfast FC 13-0 kelmarin di Stadium Sarawak.
Gol Sarawak pembukaan Sarawak dijaringkan seawal minit kedua oleh penyerang sensai Sarawak Bobby Gonzales, sebelum Hudson Dias menambah dua gol pada minit ke-6 dan 17.
Zaharul Nizwan Joe menambah derita Holdfast FC pada minit ke-26, sebelum Bobby sekali lagi menambah duka pasukan amateur tersebut pada minit ke-37.
Babak pertama berakhir menyaksikan Sarawak selesa dengan lima gol tanpa balas.
Bersambung babak kedua, Sarawak terus garang membelasah pasukan amateur Holdfast FC dengan tujuh lagi jaringan.
Hudson Dias membuka lautan jaringan pada minit ke-48, sebelum Muhammad Firdaus Fauzi menambah gol ke-7 Sarawak pada minit ke-51.
Jeffrey Bato yang menggunakan jersi 28 kemudiannya meledakkan tiga gol untuk pasukan Sarawak yakni pada minit-56, 60 dan 68, sebelum Amar Muaz Zamri pula menjaringkan gol pada minit ke-70.
Belum puas dengan 11-0, Georgi Kinkladze Tom pula menjaringkan gol ke-12 perlawanan pada minit ke-83, sebelum Jeffrey Bato melengkapkan perlawanan persahabatan dengan jaringan ke-13 dan terakhir pada minit ke-86.
Melihat kepada gambar-gambar yang dikongaikan oleh laman rasmi Sarawak FA, jelas kelihatan bahawa perlawanan diadakam di dalam keadaan santai.
Sarawak FA sedang membuat persediaan untuk perlawanan play-off liga premier dan dijangka akan menentang Kuching FA pada perlawanan tersebut kelak.