Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) telah memaklumkan akhbar The Borneo Post bahawa persatuan tersebut telah didenda lebih RM200,000 pada tahun lepas akibat suar dan mercun.
Mengikut Timbalan Presiden FAS Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki, FAS merasakan pembayaran denda tersebut sebagai satu pembaziran yang amat besar kerana wang itu boleh digunakan untuk membangunkan bolasepak Sarawak.
Menurut Abu Bakar lagi, semua peminat bolasepak tahu bahawa suar dan mercun adalah dilarang sama sekali dibawa ke dalam stadium.
Dalam pada itu, Abu Bakar memohon peminat Sarawak agar tidak bermain dengan suar dan mercun ketika berada di dalam stadium bagi musim 2014.
IKLAN: Dapatkan baju Sarawak Crocs (RM30), Mafla Sarawak (RM35), Mafla Melaka (RM35) dan Majalah Sarawak FA (RM15) di www.eheartcharms.com sekarang!