Robert Alberts telah mengesahkan bahawa penyerang dari Bosnia, Muamer Salibasic tidak akan beraksi malam ini sungguhpun sudah diberi lampu hijau untuk beraksi.
Menurut Robert dalam masej ringkas di Facebook rasmi Sarawak, Muamer baharu sahaja pulih dari kecederaan dan tidak boleh terus bermain bolasepak sungguhpun sudah diberi lampu hijau.
Tambah Robert, Muamer sudah lama tidak beraksi dan beliau memerlukan masa untuk mengadaptasikan diri dengan permainan pasukan sebelum boleh diturunkan di dalam perlawanan berbentuk kompetitif. Robert dalam pada itu turut memaklumkan bahawa Muamer akan mula menjalani latihan bersama skuad Bujang Senang Ahad ini, dan akan diturunkan apabila Sarawak menentang ATM di Kuching jika situasi Muamer mengizinkan.
Seorang lagi pemain yang tidak akan diturunkan adalah Mafry Balang, yang dikhabarkan cedera di bahagian kaki, manakala Hassan Mohammad sudah pasti tidak diturunkan apabila beliau cedera di pergelangan kaki ketika latihan terakhir skuad Bujang Senang di Kuching minggu ini.
Sarawak akan menentang Terengganu malam ini dalam perlawanan yang akan disiarkan secara langsung di ASTRO 801.
PROMO: Dapatkan mafla bolasepak Sarawak edisi 2014 yang terbaru dan original di www.eheartcharms.com sekarang, sebelum stok habis.