‘Sarawak bakal hadapi kesukaran di Liga Super’ – FourthOfficial.com

Laman web FourOfficial.com milik LOWYAT MSC NETWORK mengatakan Sarawak FA akan menghadapi kesukaran di Liga Super pada musim ini.

Menurut laman web berbahasa Inggeris tersebut, skuad Bujang Senang akan menghadapi musim yang sukar kerana mereka gagal mencari pengganti berkaliber selepas skuad utama mereka kehilangan ramai pemain utama musim ini.

Tambah laman tersebut, sungguhpun Sarawak berjaya mendapatkan khidmat Billy Mehmet yang merupakan penjaring terbanyak Kedah pada musim lepas, ianya mungin tidak mencukup jika Sarawak tidak mempunyai skuad yang cukup kuat di bahagian lain.

Jangkaan FourthOfficial.com itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan jurulatih utama Sarawak, Robert Alberts yang menyatakan pasukannya tidak sehebat tahun lepas.

Sumber: FourthOfficial.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top