Sarawak bakal ambil pemain kebangsaan Hong Kong

Sarawak berkemungkinan akan mengambil pemain dari skuad kebangsaan Hong Kong dalam masa terdekat. Menurut sumber dalaman SarawakCrocs, pemain tersebut dikenal pasti sebagai Andrew James Russell.

Menurut sumber SarwakCrocs, Persatuan Bolasepak Sarawak juga sedang meneliti beberapa permohonan daripada pemain import lain susulan keputusan melepaskan Grassi, namun Andrew dikatakan memiliki kelebihan kerana beliau telah berminat dengan pasukan Sarawak selepas mendengar tentang pasukan ini dari rakan sepasukannya, dan juga bekas pemain Sarawak, Ryan Griffith di South China.

Andrew dikatakan akan mengambil tempat Davide Grassi yang kami fahamkan kini sudah di dalam proses rundingan terakhir dengan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berkenaan penamatan kontrak beliau.

Pihak kami difahamkan bahawa kedua-dua Grassi dan FAS belum mencapai kata sepakat, namun pelepasan Grassi dari FAS adalah muktamad.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top