Pasukan Bujang Senang menamatkan kemarau kemenangan musim ini selepas akhirnya berjaya memungut tiga mata penuh dengan menewaskan pasukan bolasepak Persatuan Bolasepak Pulau Pinang 1-2 di Stadium Bandaraya.
Sungguhpun memenangi perlawanan tersebut, pasukan pelawat terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Matias Cordoba yang mudah menewaskan penjaga gol Sarawak Sharil Sa’ari selepas beliau menerima hantaran daripada Rafiuddin Roddin.
Tersentak dengan gol awal Pulau Pinang, pasukan bimbingan K Rajagobal pantas mempercepatkan tempo perlawanan namun kekebalan benteng pertahanan Pulau Pinang menyaksikan pasukan tuan rumah mendahului sehingga akhir babak pertama.
Sarawak menggandakan asakan sebaik sahaja babak kedua bermula dan akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Gilmar Filho bijak menolak masuk bola selepas berlaku pergelutan di hadapan pintu gol Pulau Pinang selepas tendangan percuma Junior Juninho.
Pulau Pinang hampir meletakkan diri di hadapan pada minit ke-60 apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, namun Matias gagal menyempurnakan sepakan tersebut, sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat.
K Rajagobal kemudiannya memasukkan pemain veteran Sharol Saperi dan J Partiban bagi memantapkan jentera tengah Sarawak yang kelihatan penat.
Percaturan Rajagobal yang baru ini mengubah rentak permainan Sarawak dan ianya akhirnya membuahkan hasil apabila J Partiban merembat masuk bola ke dalam gawang pada minit-minit tambahan perlawanan, sekaligus memberikan Sarawak kemenangan pertama pada musim ini.
Keputusan Penuh: M90+3 Penang 1-2 Sarawak | 26′ Matías Córdoba; 57′ Gilmar, 90+3 Partiban
Dapatkan baju rasmi dan original SarawakCrocs di www.3ciety.com sementara stok masih ada.