Sah, Sarawak tidak akan bermain di Piala Wali Kota 2015

Skuad Bujang Senang sah tidak akan bermain di dalam pertandingan Piala Wali Kota Padang 2015 selepas Robert Alberts mengesahkan bahawa belieu telah memilih untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Semenanjung Malaysia. Sebelu mini, khabar berkenaan Sarawak tidak akan ke Indonesia bagi perlawanan tersebut sudah kami sebutkan di sini kelmarin.

Menurut laporan yang dikeluarkan Utusan Borneo, Robert berpendapat bahawa perlawanan menentang pasukan bertaraf Liga Premier seperti Pulau Pinang dan NS Matrix adalah baik untuk persediaan pasukannya sebelum mengharungi Liga Super bagi musim 2015 yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Januari kelak.

Turut sama disenaraikan di atas perancangan pra-musim Sarawak di Semenanjung Malaysia adalah perlawanan menentang PKNS FC, KL SPA dan Sime Darby FC.

Dalam pada itu, kami difahamkan bahawa Sarawak akan mengekalkan tarikh pertemuan dengan Sabah FA dan KL SPA di Stadium Negeri kelak, dan akan bertandang ke Semenanjung Malaysia hanya selepas 11 Januari 2015.

Penarikan Sarawak dari Piala Wali Kota Padang 2015 agak mendukacitakan peminat bolasepak Sarawak dan Indonesia yang telah dalam beberapa hari ini riuh memperkatakan tentang persaingan sengit yang bakal ditempuhi semua pasukan ketika pertandingan tersebut.

Bagi kami di SarawakCrocs.com, Piala Wali Kota Padang 2015 merupakan satu pertandingan yang mampu memberi indikasi berkenaan kemampuan skuad Sarawak, bukan sahaja di peringkat Malaysia, malahan di peringkat Asia Tenggara.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top