Saddil Ramdani watak penting dalam Sabah FC

Ketua jurulatih Sabah FC  ternayata gembira dengan impak yang dibawakan pemain senegaranya, Saddil Ramdani, ke pasukan Sabah FC.

Saddil yang pertama kali bermain dengan Sabah telah menjaringkan satu gol ketika Sabah tewas 2-1 kepada Sri Pahang Sabtu lalu.

Menurut Kurniawan, beliau telah lama mengidam membawa Saddil ke Sabah kerana beliau tahu kemampuan pemain tersebut.

“Sadil adalah pemain yang sangat istimewa.” kata Kurniawan kepada wartawan selepas perlawanan menentang Sri Pahang.

“Dari musim lepas saya mahu membawa dia masuk kerana saya tahu kemampuan dia.

“Dia sering memberikan 200% baik dalam latihan mahupun pasukan.

“Ini membawa impak yang baik kepada pasukan dan dia cuba untuk memotivasikan pemain.”ujar Kurniawan lagi.

Saddil yang merupakan pemain kebangsaan Indonesia, merupakan antara pemain import asing paling muda di Liga Malaysia pada usia hanya 22.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top