Jumlah pasukan bola sepak dari Borneo Malaysia yang akan bermain di sistem amatur Liga Malaysia mungkin akan bertambah dengan hadirnya satu pasukan baharu, yakni Kinabalu Jaguar FC.
Dikhabarkan, kelab baharu ini telah ditubuhkan oleh bekas CEO Sabah FC, Dato Verdon Bahanda, dan ianya akan bakal menyertai Liga M3 yang akan bermula pada Mac 2021.
Dato Verdon telah mengundur diri dari Sabah FC baru – baru ini selepas Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengambil keputusan membeli saham majoroti yang dipegang oleh beliau.
Jika benar Dato Verdon telah membuka kelab bola sepak baharu yang akan bertanding di Liga M3, maka Sabah akan seperti Sarawak, mempunyai dua pasukan di dalam sistem Liga Malaysia, yang berpusat di tempat yang sama.
Kinabalu Jaguar FC dikhabarkan akan berpusat di Bandaraya Kota Kinabalu, dan akan menggunakan Bandaraya tersebut sebagai asas pasukan tersebut.
Ianya akan juga menggunakan binatang Harimau Kumbang sebagai identiti pasukan tersebut.
Tidak banyak lagi maklumat doketahui buat masa ini, kecuali kelab bolasepak tersebut akan dimiliki Kinabalu Jaguar Football Club Sdn Bhd.