Sabah semakin hampir ikat pemain Indonesia

Kelab Liga Premier Sabah FA telah semakin hampir mengikat pemain Indonesia Dedi Kusnandar dengan kontrak yang dikhabarkan berpanjangan selama setahun.

Dedi yang merupakan bekas pemain bekas pemain kelab Indonesia Persib Bandung baru sahaja berumur 24-tahun dan merupakan pemain tengah yang berbakat.

Menurut jurulatih Vjeran Simunic, Dedi hanya perlu melepasi ujian perubatan sebelum boleh menandatangani kontrak bersama kelab yang berpangkalan di Likas itu.

Selain daripada Dedi, Sabah juga dikatakan hampir pasti mengikat pemain tengah Marco Tulio Lopes, dan pemain pertahanan Igor Cerina.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top