Sabah FA makin selesa, Sarawak FA semakin sengsara

Pasukan Sabah FA semakin selesa di tahta Liga Premier selepas berjaya menundukkan pencabar terdekatnya di dalam perebutan tahta liga JDT FC II.

Kemenangan hasil jarinagn tunggal penyerang import Redoljub Paunovic sudah cukup untuk Sabah terus menjarakkan diri dari JDT FC II dengan empat mata.

Tidsk cukup dengan itu, Sabah kini mempunyai kelebihan satu baki perlawanan di dalam saingan liga yang semakin menuju ke penghujungnya.

Dalam perkembangan berbeza, kemenangan Kelantan FA ke atas Selangor United malam tadi meletakkan pasukan Sarawak FA di dalam keadaan keadaan tertekan di Liga Premier.

Kelantan yang menghuni tangga kedua tercorot berjaya menjarakkan diri dari Sarawak dengan empat mata biarpun Sarawak kini masih mempunyai baki satu perlawanan.

Ini bermakna Sarawak tiada pilihan lain selain untuk menang jika mahu keluar dari kelompok terbawah liga yabg kini dihuninya.

Kegagalan untuk mengutip mata penuh menentang Negeri Sembilan malam ini akan lebih kurang mengesahkan kedudukan Sarawak di perlawanan penentuan penyingkiran Liga Premier.

Sarawak akan bertemu Negeri Sembilan di Stadium Sarawak pada jam 8:15PM malam ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top