Ryan Griffith selidik latar belakang Sarawak sebelum berpindah

Laman web FourFourTwo (FFT) mendedahkan bahawa penyerang baharu Sarawak, Ryan Griffith telah membuat penyelidikan yang agak mendalam berkenaan pasukan Bujang Senang sebelum bersetuju untuk berhijrah, dan menamatkan kontraknya di Adelaide United.

Ujar Ryan, beliau mengetahui bahawa Sarawak telah kembali ke Liga Super, dan beliau juga telah bertindak menghubungi Scott Ollerenshaw bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berkenaan Sarawak.

Selain itu, abang beliau Adam Griffith yang kini bermain untuk Kedah turut ada memberi respon positif berkenaan Liga Malaysia, dan ini  sekaligus membuatkan beliau yakin bahawa pasukan Sarawak mempunyai seorang jurulatih yang baik, dan pemain-pemain yang cukup hebat.

Ryan turut mendedahkan bahawa beliau amat teruja kerana akhirnya dapat berpindah dan menyertai pasukan Bujang Senang sambil menyatakan bahawa perpindahannya ke Malaysia adalah untuk mencari peluang-peluang baru dalam kariernya sebagai pemain bolasepak.

Ryan adalah pemain baru di Stadium Negeri dan dijangka bakal membuat kemunculan pertama beliau apabila Sarawak menentang Selangor pada 25 Mac ini.

PROMOSI: Dapatkan baju ‘Always Sarawakian’ di http://goo.gl/UchqBB
Gambar ehsan FFT

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top