Bekas pemain kebangsaan Rozaimi Abdul Rahman telah sah menjadi milik kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT FC) apabila diumumkan telah mengikat kontrak bersama juara Piala AFC tersebut.
Mengikut kenyataan JDT FC, Rozaimi telah mengikat kontrak selama tiga tahun.
Beliau yang baru pulih dari kecederaan, akan diuji oleh jurulatih Mario Gomez, sebelum diserap ke pasukan di bawah JDT, yakni JDT atau JDT II.
Teka teki masa depan Rozaimi menjadi tanda tanya selepas kontrak beliau bersama pasukan Sabah FA tidak disambung pada musim ini.