Ronny sah sertai PJ Rangers

Bekas ketua pasukan pasukan Sarawak, Ronny Harun telah sah menjadi milik PJ Rangers selepas pasukan yang bertapak di Petaling Jaya itu mengesahkan kemasukan pemain kelahiran Sepitang itu.

Menurut SabahRhinos, Ronny pada asalnya ingin menyertai Sabah, namun Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) tidak menunjukkan kesungguhan untuk mengesahkan statusnya di pasukan tersebut, sekaligus menyaksikan beliau berpindah angin ke pasukan PJ Rangers yang kini bermain di Liga FAM.

Pasukan PJ Rangers kini memiliki empat bekas pemain Sarawak FA selepas berjaya menyambar tiga pemain muda kelahiran Sarawak, Nur Shamie, Tommy Mawat dan Shren Tambi.

Kehadiran Ronny, yang merupakan antara pemain pertahanan terbaik negara, menunjukkan bahawa PJ Rangers sememangnya bercita-cita tinggi untuk musim 2018, dan ianya tidak mustahil pasukan yang dibiayai AirAsia akan ke Liga Premier musim hadapan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top