Ronny Harun tidak beraksi malam ini

Ronny Harun tidak akan beraksi apabila Sarawak menerima kunjungan Perak malam ini.

Berita kurang mengembirakan itu di luahkan oleh jurulatih utama Sarawak Robert Alberts yang menyesahkan bahawa Ronny masih belum pulih sepenuhnya daripada keracunan makanan yang dialaminya.

Sungguhpun demikian, Sarawak bakal menyenaraikan skuad terkuad malam ini, dimana Robert menyatakan bahawa kelibat Junior Eldstal, Gabor Gyepes dan Sani Anuar bakal kembali ke skuad bimbingannya.

Adalah dijangka juga bahawa kehilangan Ronny bakal melihat seorang lagi pemain kelahiran Sabah, Mafry Balang, diberi kepercayaan bermain malam ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top