Jurulatih Sarawak Robert Alberts telah bertindak mengambil langkah lebih tegas terhadap pemilik akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya, dengan kali ini membuat laporan rasmi di pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, Robert hanya mengeluarkan amaran di dada akhbar tempatan berkenaan penghasilan akaun tersebut, tetapi nampaknya amaran beliau tidak diendahkan, dan sekaligus memaksa Robert mengambil tindakan lebih tegas.
Menurut sumber IT kami, pemilik akaun tersebut berhadapan dengan banyak masalah jika gagal menutup Facebook palsu tersebut kerana pihak SKMM boleh mengambil tindakan sewajarnya, termasuk mengesan dan mengenalpasti lokasi khusus di mana akaun tersebut selalu diakses.
Sumber IT kami turut menyatakan bahawa pengesanan individu yang membuat akaun palsu itu akan lebih mudah sekiranya dia mengakses akaun tersebut melalui telefon pintarnya kerana setiap telefon pintar, khususnya yang mempuyai pakej data mempunyi IP adress tersendiri.
Dengan yang demikian, pihak kami di Sarawak Crocs berharap bahawa sesiapa yang membuat akaun palsu ini segera menutup akaun palsu Robert, agar anda selamat dari tindakan yang lebih tegas.
P/S: Mun ada yang nak tolong si-pembuat akaun palsu tok supaya nya sik masuk penjara ka apa, Reportkan page tok sebelum tindakan tegas diambil terhadapnya: https://www.facebook.com/tadoyoshiuetake