RM5,000 untuk juara Asajaya Unity Cup ke-51

Juara Asajaya Unity Cup Football Championship,  edisi ke-51 akan membawa pulang RM5,000, manakala naib juara dan tempat ketiga pertandingan tersebut akan membawa pulang RM3,000 dan RM1,500 masing-masing. 

Pertandingan bolasepak yang dianggap yang tertua di Samarahan itu bakal berlangsung di Padang Bolasepak Sambir pada Hari Raya ketiga. 

Kini, pasukan-pasukan bolasepak dari sekitar Kuching, Samarahan, Sadong Jaya dan Asajaya dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut dengan yuran kemasukan sebanyak RM200, dengan tarikh akhir membuat penyertaan 26 Jun ini. 

Mereka yang berminat menyertai pertandingan tersebut, sila hubungi Jalek +6014-5786767. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top