Rekaan jersi Sarawak United 2021 dipercayai telah bocor ke laman sosial apabila ianya dikongsikan oleh Kelab penyokong Sarawak United fc.
Jersi yang sepatutnya dilancarkan esok, dilihat dalam tiga rekaan berlainan yakni warna merah, hitam dan biru.
Pada rekaan tersebut, logo penaja utama kelab tersebut, yakni Punggur Wibawa jelas tertera di dada jersi, dengan logo baharu kelab tersebut kelihatan pada dada kiri jersi.
Berdasarkan rekaan yang tertiris, tidak dapat dipastikan jersi manakah adalah jersi utama, namun dipercayai jersi berwarna merak akan menjadi jersi utama kelab tersebut.
Rekaan yang dikatakan ‘bocor’ adalah seperti di bawah.
Buat masa ini, tiada pengesahan jika ini adalah rekaan sebenar jersi Sarawak United, namun sumber dekat kami menyatakan bahawa ianya adalah hampir pasti benar.
BELI JERSI SARAWAK UNITED: SHOPEE