Biarpun logo baharu kelab bolasepak Sarawak United telah keluar dalam video promosi Liga Malaysia 2020, namun belum ada pengesahan berkenaan samada itulah logo rasmi.
Sebentar tadi, kami telah mendapat maklumat sah dari pihak Malaysia Football League (MFL) bahawa sememangnya itulah logo baharu Sarawak United, setelah dijenama daripada Selangor United.
Suka atau tidak logo baharu tersebut, ianya adalah pilihan anda.
Pendapat kami tidak penting kerana pasukan tersebut bukanlah milik kami.
Apapun, apa pendapat anda tentang logo Sarawak United?
Suka?