RASMI: Info tiket Sarawak FA vs Sime Darby FC

Penyokong Sarawak FA yang ingin menyaksikan perlawanan Sarawak menentang Sime Darby FC Sabtu ini diminta membeli tiket awal di kaunter-kaunter terpilih seperti di bawah:
1) Lea Sports Centre (Hopoh)
2) Lea Sports Centre (Sarawak Plaza)
3) Tol Zecon – Hanya tiket Zon B Open

Menurut Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudrsono (gambar), tiket hanya akan dijual pada Khamis (3 Oct) dan Jumaat (4 Oct) sahaja, yang mana tidak akan ada jualan tiket akan dibuat pada hari perlawanan (5 Oct), khususnya di Stadium Negeri.

Tambah beliau, peminat di luar kawasan Kuching yang ingin ke stadium dengan itu dinasihatkan untuk memastikan mereka sudah membeli tiket sebelum bergerak ke Kuching.

Sudarsono turut menasihati semua peminat yang gagal mendapatkan tiket tidak hadir ke stadium, tetapi sebaliknya menonton siaran langsung perlawanan tersebut di RTM1 bagi mengelakkan kejadian tidak diingini akibat kekecewaan mendapatkan tiket.

Tiket perlawanan suku akhir Piala Malaysia diantara Sarawak dan Sime Darby merupakan komoditi terhangat di Sarawak buat masa ini dengan kuota penjualan harian habis dalam tempoh kurang 20 minit di semua lokasi penjualan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top