Ramesh cedera, Mafry bersedia!

Sarawak akan turun tanpa kelibat Ramesh Lai malam ini apabila jurulatih Sarawak Robert Alberts mengesahkan bahawa pemain yang menggunakan jersi nombor 12 kini cedera dan tidak akan diturunkan oleh beliau malam ini.

Menurut Robert, Mafry Balang walaubagaimanapun telah pulih, dan ini sekaligus memberi bayangan bahawa pemain kelahiran Sabah itu bakal beraksi buat kali pertama di dalam Piala Malaysia musim ini.

Robert juga menyatakan bahawa beliau tidak akan menurunkan Hairol Mokhtar malam ini kerana tidak mahu kedua-dua Ronny Harun dan Hairol diberi penggantungan pada masa yang sama. Ronny dan Hairol kedua-duanya kini telah mengutip dua kad kuning dan berdepan ancaman digantung satu perlawanan sekiranya mengutip satu kad kuning lagi malam ini.

Dalam pada itu, Sarawak dijangka akan menurunkan bek kebal Dzulazlan Ibrahim sebagai ganti Hairol di bahagian kanan pertahanan.

Sarawak akan bertemu Kedah dalam Pusingan kedua Peringkat Kumpulan Piala Malaysia malam ini.

Dapatkan mafla original SarawakCrocs dalam kuantiti terhad di www.alltimeapparel.com

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top