Ketua jurulatih Sarawak K Rajagobal mengakui dirinya berpuas hati selepas pasukan bimbingannya memenangi perlawanan di Stadium Bandaraya Rabu lalu.
Bekas jurulatih Harimau Malaya itu percaya bahawa semangat juang dan semangat tidak berputus asa merupakan antara faktor Sarawak berjaya memenangi perlawanan menentang pasukan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang.
Tambah Rajagobal, beliau berharap keyakinan pemain akan makin meningkat selepas kejayaan itu, dan berharap pasukan Sarawak akan mengekalkan rentak kemenangan bagi mengeluarkan diri dari zon bahaya Liga Super.
Sarawak akan bertemu T-Team Sabtu ini untuk perlawanan ketujuh Liga Super.