Sungguhpun dilihat gagal membantu Sarawak mencapai kegemilangan, bekas jurulatihnya, K Rajagobal masih berminat untuk mengemudi mana-mana pasukan bolasepak lain.
Menurut K Rajagobal, kegagalan beliau di Sarawak tidak bermaksud beliau akan berhenti menjadi jurulatih sambil menyatakan bahawa perpisahan beliau dari Sarawak adalah dengan cara baik.
Pada Sabtu lalu, Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) mengumumkan bahawa Rajagobal akan diberi tugas lain, namun Rajagobal dan FAS pada Isnin lalu telah menyatakan bahawa Rajagobal telah meletak jawatan daripada kontrak setahun beliau.
Tempat Rajagobal dalam pada itu telah diganti oleh David Usop, pembantu jurulatih beliau.
Rajagobal telah dilantik jurulatih baharu Sarawak pada penghujung musim lalu, namun gagal mengangkat Sarawak pada musim ini, sekaligus menyaksikan Sarawak hanya memenangi satu perlawanan di dalam Liga Super selepas 10 perlawanan.