Pasukan Pulau Pinang mungkin akan tersingkir ke Liga Premier jika bantahan pihak PDRM ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) diterima oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia(FAM).
Di dalam bantahan tersebut, PDRM mendakwa JDT menurunkan pemain yang sepatutnya digantung perlawanan.
Pihak PDRM yang telah tersingkir ke Liga Premier pada musim hadapan ekoran kekalahan kepada Sarawak di dalam perlawanan terakhir Liga Super, telah mengemukakan bantahan ekoran kejayaan pasukan Pahang di dalam membuat bantahan serupa ke atas Kedah.
Secara umumnya, semua pasukan beranggapan bahawa bantahan terhadap sebarang keputusan perlawanan hanya boleh dibuat di dalam 72 jam selepas tamat perlawanan, namun kejayaan Pahang membantah keputusan perlawanan selepas tempoh tersebut telah membuka lembaran baru di dalam bolasepak Malaysia.
Di dalam menjelaskan perkara tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam telah menjellaskan bahawa Artikel 44 Jawatankuasa Disiplin FAM menetapkan bahawa semua pasukan boleh membuat bantahan di dalam dua tahun.
Seharusnya bantahan PDRM patut diterima jika pihak FAM mahu konsisten di dalam keputusan jawatankuasa disiplin mereka, dan ini akan sekaligus menyaksikan Pulau Pinang tersingkir dari Liga Premier, sekaligus menyelamatkan PDRM.