Pulau Pinang hilang tempat di Liga Super 2020

Kegembiraan pemain Pulau Pinang FA meraikan promosi ke Liga Super malam tadi berakhir dengan kekecewaan hari ini ekoran tindakan tegas pihak Perseketuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) enggan menerima rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bertindak bagi pihak Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) berkenaan isu pembayaran gaji bekas pemain pertahanan import dari Brazil, Reinaldo Lobo.

FAM menerangkan bahawa FAP sebenarnya telah melangsaikan bayaran kepada FAP dalam tempoh ditetapkan, namun disebabkan terdapat perbezaan nilai hasil tukaran wang asing, jumlah yang dibayar FAP kepada Reinaldo didapati tidak mencukupi oleh peguamnya.

Ini menyaksikan FAP terpaksa membuat bayaran lebih, dengan bayaran tersebut telah dilakukan diluar jendela yang ditetapkan FIFA.Kelewatan pembayaran tersebut telah dipersetujui oleh pihak peguam Reinaldo dimana kedua-dua pihak bersetuju jika potongan mata Pulau Pinang ditangguhkan.FIFA dalam pada itu telah bertindak tegas mahukan pasukan Pulau Pinang dipotong enam mata oleh Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) sebagai denda gagal mengikut arahannya.

Menurut kenyataan akhbar FAM, pihak FAP telahpun melangsaikan semua bayaran kepada Reinaldo sebelum berakhirnya Liga Premier 2019, namun FIFA tetap mahu Pulau Pinang didenda kerena “FAP telah melanggar perintah FIFA yang mengarahkan pembayaran penuh perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan asal.”

Ketegasan FIFA memaksa FAM memajukan surat arahan FIFA kepada Malaysia Football League (MFL) bagi tindakan segera, sekaligus menyaksikan Pulau Pinang kehilangan tiga mata berharga.

Ini sekaligus menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke tangga ketujuh Liga Premier dan tidak layak mendapat promosi automatik ke Liga Super 2020.

Dalam perkembangan sama, PDRM FA akan menggantikan Pulau Pinang ke Liga Super 2020 kerana menggantikan tempat Pulau Pinang di kedudukan ketiga.

Situasi unik ini menguntungkan PDRM memandangkan Johor Darul Ta’zim II tidak boleh naik ke Liga Super biarpun menjuarai liga, ataupun menguasai tangga kedua.

Oleh itu, dua pasukan yang akan ke Liga Super kini adalah PDRM dan Sabah FA

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top