Pasukan Pulau Pinang sah bergelar juara Liga Premier selepas pasukan tersebut menewaskan Kelantan United FC 4 – 0 di tempat sendiri.
Penjaring pasukan Pulau Pinang malam tadi adalah Lee Chang-Hoon, Al-Hafiz Harun, Bobby Gonzales dan Casagrande.
Kemenangan tersebut memastikan pesaing terdekatnya, Kuala Lumpur, tidak berupaya mengejarnya lagi di kedudukan teratas liga dengan Liga Premier kini hanya berbaki satu perlawanan.
Pulau Pinang merangkul kejuaraan liga dengan mengumpul 26 mata hasil daripada sembilan kemenangan dan dua keputusan seri, dengan pasukan tersebut tidak mencatatkan sebarang kekalahan.
Dengan kemenangan ini, Pulau Pinang kini sah akan ke Liga Super musim hadapan dan akan bersaing juga di dalam Piala Malaysia musim ini. – SarawakCrocs.com