Posa suruh Wahet Uji bermuhasabah diri

Posa Majais hari ini telah bertindak mengeluarkan komen balas susulan kenyataan mantan Pengarah Teknikal Kejurulatihan Bolasepak Sarawak Wahet Uji yang sebelum ini.

Posa Majais selaku Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) berkata Wahet tidak sepatutnya berkata sebegitu terhadap bekas majikannya dan  mengibaratkan tindakan Wahet sebagai “kacang lupakan kulit”.

Menurut kenyataan FAS, “Wahet Uji di lantik sebagai Pengarah Teknikal Kejurulatihan Bolasepak Sarawak oleh bekas Setiausaha Agung FAS pada 2017, iaitu Encik Razali Dolhan. Menurut Dato Posa, selama 2 tahun perkhidmatan beliau, tidak ada satu pun laporan bertulis atau pelan tindakan berhubung dengan pembangunan bola sepak Negeri Sarawak, waima sehelai kertas laporan yang diterima pihak pengurusan.”

“Sebagai Pengarah Teknikal kejurulatihan ketika itu, Wahet sepatut nya pandai membuat pelan tindakan dan laporan kepada majikan dan bukan hanya pandai berkata-kata sahaja.”

Posa dalam kenyataan di laman utama FAS berkata dia amat kecewa dengan tindakan Wahet yang seperti kacang lupa kan kulit dan menasihatkan agar Wahet Uji melihat kekurangan diri sebelum menyentuh isu berhubung pihak pengurusan.

Posa “turut menasihatkan Wahet agar tidak bersekongkol dengan orang yang tidak tahu apa-apa di dalam pengurusan FAS.”

Selain mengecam tindakan Wahet yang menasihati Posa baru-baru ini, Posa juga mempertikaikan kredibiliti Wahet sebagai Jurulatih Lesen A dengan mempersoalkan  “Bagaimana seseorang yang langsung tidak dapat menghasilkan laporan dan pelan tindakan pembangunan boleh mencampuri urusan pengurusan tertinggi?”

Kenyataan rasmi oleh Posa disudahi dengan harapan bahawa Wahet dapat segera bermuhasabah diri.

Wahet sebelum ini menasihati Posa berhubung tindakan Posa ‘menyerang’ MFL dan CEO Kevin Ramalinggam atas tindakan MFL mendenda Sarawak ekoran kegagalan melunaskan pendaftaran pasukan Sarawak pada tarikh ditetapkan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top