PM2015: Peluang masih cerah untuk semua pasukan di Kumpulan B

Semua pasukan di dalam Kumpulan B Piala Malaysia musim ini masih mempunyai peluang terbuka selepas ATM berjaya menewaskan Perak malam tadi.

Kemenangan ATM tersebut memberikan semua pasukan di dalam Kumpulan B sekurang-kurangnya tiga mata, sekaligus membuka laluan untuk semua pasukan lain di dalam kumpulan tersebut untuk layak ke pusingan seterusnya.

Sarawak yang tidak bermain malam tadi walaubagaimanapun perlu memastikan mereka perlu menewaskan ATM pada 3 Oktober ini kerana skuad bimbingan David Usop itu dilihat belum tentu dapat menewaskan Johor Darul Ta’zim yang kini merupakan pasukan terbaik di Malaysia.

Kemenangan ke atas ATM dan Perak akan memastikan Sarawak meneruskan perjuangan mereka ke Suku Akhir Piala Malaysia.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top