Jurulatih sementara Sarawak David Usop telah menyatakan bahawa moral pemainnya sedikit menurun selepas mereka ditewaskan pasukan ternama Johor Darul Ta’zim (JDT) Sabtu lepas.
Sungguhpun demikian, David tetap optimis berkenaan peluang pasukannya dan berharap Sarawak akan memungut mata penuh apabila mereka bertemu ATM di Paroi kelak.
Dalam pada itu, David turut menegaskan bahawa pemainnya telah memberikan yang terbaik ketika menentang JDT, dan beliau juga mengakui rentak pasukan Sarawak agak ‘songsang’ tanpa ketiadaan Joseph Kalang Tie.
Sarawak masih kekal di tangga kedua Kumpulan B di dalam saingan Piala Malaysia dengan enam mata.
Sumber: UB