Pihak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP) telah mengumumkan bahawa semua perlawanan suku akhir bagi TM Piala Malaysia akan disiarkan secara langsung, kecuali perlawanan di Kuching yang membabitkan pasukan Selangor dan Sarawak.
Perlawanan lain yang mengambil tempat di Semenanjung Malaysia akan disiarkan di rangkaian televisyen tempatan seperti seperti di bawah:
RTM – Kedah vs PKNS
TV3 – Pahang vs Lions XII
TV9 – Felda vs JDT
Adalah tidak diketahui oleh pihak kami mengapa hanya perlawanan di Kuching terlepas siaran langsung, namun terdapat pihak yang mengatakan ianya adalah disebabkan oleh kos besar yang diperlukan untuk membuat siaran langsung tersebut.
Dalam pada itu, peminat Sarawak dan Selangor, khususnya yang berada jauh dari Kuching melahirkan kekecewaan mereka di laman sosial dengan ramai membuat spekulasi negatif berkenaan insiden ini.
Kebanyakan daripada komen orang Sarawak di media sosial turut mengaitkan ketiadaan siaran langsung bagi pasukan Sarawak dengan kes ‘pilih kasih’.