PKNS FC turun pangkat, peluang untuk Sarawak FA

PKNS FC dikhabarkan akan menjadi ‘feeder club’ atak kelab simpanan kepada pasukan Selangor FA pada musim hadapan.

Buat masa ini, laporan Sinar Harian menyebut bahawa pengambilan PKNS FC sebagai feeder club Selangor FA telah dipersetujui sebulat suara oleh Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bagi musim hadapan.

Walaubagaimanapun, akhbar sama juga melaporkan bahawa masih ada lagi beberapa proses yang perlu dilakukan oleh kedua-dua pihak sebelum penggabungan itu dapat dilaksanakan.

Permohonan pengubahan status PKNS walaubagaimanapun belum dimajukan kepada pengendali Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Jika proses penggabungan ini berjalan dengan lancar, PKNS FC akan ‘diturunkan’ pangkat dan bermain di Liga Premier pada musim hadapan. Pasukan tersebut juuga akan kehilangan keupayaan untuk menyertai saingan Piala FA serta Piala Malaysia.

Penyerapan PKNS sebagai kelab simpanan kepada pasukan Selangor bukanlah perkara baharu di dalam Liga Malaysia. Ianya dilakukan oleh Johor Darul Ta’zim dan juga Terengganu FA beberapa musim lalu.

Dalam pada itu, kemungkinan PKNS diserap sebagai pasukan simpanan Selangor dilihat oleh kami sebagai memberi ruang dan peluang untuk Sarawak FA kekal di Liga Premier pada musim hadapan.

Ini adalah memandangkan hakikat bahawa Liga Super (Liga yang mana PKNS beraksi kini) akan kehilangan satu pasukan dan sekaligus menyaksikan keperluan untuk MFL mencari sebuah pasukan baharu dari Liga Premier bagi memastikan Liga Super terus kekal dengan 12 pasukan.

Lompang di Liga Premier sudah pasti akan berlu diisi juga dan ini bakal memberi peluang kepada Sarawak untuk terus kekal di Liga Premier. Ini memandangkan MFL perlu mengisi tiga kekosongan pada Liga Premier pada saingan musim hadapan.

Jika MFL mengambil keputusan menawarkan tempat tersebut kepada Sarawak, perlawanan play-off Liga Premier yang dijadualkan antara Sarawak dan pasukan tempat-kedua Liga M3 kelak tidak perlu dibuat, kerana pasukan Sarawak, beserta pasukan naib johan Liga M3 akan sama-sama dimasukkan ke Liga Premier bagi mengisi kekosongan sedia ada.

Sungguhpun demikian, Sarawak juga perlu memastikan lesen kelab bolasepak diperolehi dahulu jika ingin mengambil peluang ke atas situasi ini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top