Piala Malaysia: Kedah tuan rumah di Shah Alam

Pasukan Kedah telah dipilih sebagai tuan rumah perlawanan akhir Piala Malaysia edisi 2016 di Stadium Shah Alam yang akan berlangsung pada 30 Oktober ini.

Menurut kenyataan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir TM Piala Piala Malaysia telah memutuskan bahawa Selangor menjadi tuan rumah di stadium mereka sendiri.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Setiauasa Agung/Kehormat kedua-dua pasukan, pihak keselamatan (PDRM, Bomba dan MBSA) dan juga FMLLP serta FAM, turut mengesahkan bahawa agihan sama rata akan dibuat berkenaan tiket, dan harga tiket ditetapkan pada RM50 untuk tiket dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Mesyuarat tersebut turut menolak permintaan Kedah untuk tiket tambahan berikutan faktor keselamatan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top