Piala FAM: Kuching FA tewas 

Pasukan Kuching FA tewas 2-0 menentang pasukan pendatang baru Piala FAM, Terengganu City FC di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah dalam aksi Piala FAM semalam. 

Pasukan Kuching FA yang kembali beraksi setelah berehat hampir 2 minggu gagal meneruskan momentum positif setelah berjaya melakar kemenangan menentang Penjara FC pada 9 April lepas. 

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bersaing dengan sengit untuk mendapatkan gol awal. Namun, usaha kedua-dua pasukan dilihat tidak berhasil apabila separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 0-0. 

Pada separuh masa kedua, pasukan Terengganu City FC akhirnya berjaya memecah kebuntuan. Gol pembukaan pasukan Terengganu City FC dijaringkan oleh Nurhalis Syafiq pada minit ke 62. 

Pada minit 90, pasukan Terengganu City sekali lagi menghukum barisan pertahanan Kuching FA apabila menjaringkan gol kedua hasil rembatan Muharam. 

Perlawanan berakhir dengan keputusan memihak pasukan tuan rumah 2-0. 

Dengan kekalahan ini, pasukan Kuching kekal dengan 7 mata dari  dua kemenangan dan satu keputusan seri dari 5 perlawanan liga setakat ini.

Pasukan Kuching FA dijadualkan akan melayan kunjungan Terengganu City FC di Stadium Negeri dalam perlawanan pertama pusingan kedua Piala FAM pada 30 April 2017 pada jam 4.15 petang. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top