Pesta gol apabila anak Sarawak bertemu di padang

Dua pasukan yang kebanyakannya diwakili oleh anak-anak Sarawak berpesta gol apabila bertemu di dalam satu perlawanan persahabatan malam tadi.

Sebanyak 11 gol berjaya dijaringkan apabila pasukan Kuching FA dan pasukan Uncle Poh FC bertemu untuk satu perlawanan persahabatan malam tadi.

Menurut kenyataan ringkas Kuching FA, Uncle Poh merupakan “sebuah pasukan bolasepak yang dibarisi oleh 100% anak jati Sarawak yang berkelana di Semenanjung Malaysia.”

Dalam perlawanan malam tadi, Kuching FA berjaya menewaskan pasukan Uncle Poh dengan jaringan 7-4.

Penjaring kedua-dua pasukan tidak dapat dipastikan pada masa artikel ini ditulis, namun dipercayai bahawa perlawanan tersebut lebih kepada mendekati peminat bola sepak Kuching dan Sarawak pada amnya.

Kuching FA memaklumkan bahawa perlawanan tersebut telah dianjurkan oleh pihak Uncle Poh.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top