Sabtu lalu, satu perubahan positif telah diamatit di Stadium Negeri berkaitan dengan keselamatan.
Jika dalam perlawanan sebelum ini, pihak keselamatan biasanya membelakangkan penyokong, kini didapati mereka memerhatikan gelagat penonton dan membelakangkan padang perlawanan.
Situasi sebegini dilihat langkah terbaik bagi memastikan tiada insiden tidak diingini berlaku ketika perlawanan, dan ianya seharusnya diberikan pujian.
Sungguhpun wujud perubahan positif ini, ianya gagal menghalang segelintir penyokong Sarawak daripada bergaduh sesama sendiri di kawazan terbuka Zon B, namun kami difahamkan bahawa pihak keselamatan bertindak pantas untuk meleraikan insiden tersebut.
Diharapkan pihak keselamatan stadium mempertingkatkan lagi keselamatan semasa perlawanan Sarawak dan mempertimbangkan juga usaha untuk meletakkan pasukan keselamatan beruniform di belakang penonton semasa perlawanan.