Kejayaan kelab bolasepak Kuching City melalui banyak dugaan sehingga ianya berjaya kini.
Perkara tersebut didedahkan Pengarah kelab tersebut Fazzrudin Abdul Rahman yang memberitahu kelabnya hanmpir tidak jadi ke final Liga Bolasepak Rakyat (LBR) ketika ianya baru dikenali sebagai Kuching FA.
Menurut Fazruddin lagi, masalah kekurangan dana menjadi punca mereka hampir terlepas kejuaraan LBR tersebut.
“Kuching City, Kuching FA pada ketika itu, hampir – hampir memutuskan untuk tidak jadi ke Kuala Lumpur untuk perlawanan terakhir Liga Bolasepak Rakyat pada kerana kita tidak mempunyai peruntukan lebih atau dana.” kata Fazzrudin dalam ucapannya ketika melancarkan jersi Kuching City.
Sungguhpun demikian, kelab yang kini berusia enam tahun itu berjaya pergi ke Kuala Lumpur dan memenangi LBR buat julug kalinya selepas mereka diberi bantuan oleh ‘rakan – rakan’.
“Tetapi terima kasih kepada rakan – rakan yang membantu, akhirnya kita ada peruntukan cukup – cukup untuk kita ke KL untuk bersaing di final Liga Bola Sepak Sarawak.” ujarnya.
Dalam ucapannya, Fazzrudin juga mendedahkan beberapa keputusan penjimatan yang perlu dilaksanakan oleh pasukannya bagi berjimat.
Antaranya adalah tidur di lapangan terbang bagi menjimatkan kos penginapan.
“Kadang – kadang kita ambil keputusan untuk tidur di lapangan terbang untuk mengurangkan kos logistik kita. Itu antara perkara yang kita lakukan, jadi kita perlu mengikut peruntukan yang kita ada.” kata Fazzrudin lagi.
“Pada ketika itu, amat sukar untuk kita mendapatkan sokongan kerana kita belum menunjukkan lagi kemampuan kita. Selepas kita menjuarai LBR, barulah kita berumpa dengan Kerajaan Sarawak dan Majlis Sukan dan mereka telah membantu dengan lebih banyak lagi untuk membangunkan kelab kita”.
Sungguhpun demikian, Fazzrudin mengakui telah menerima bantuan ‘sedikit – sedikit’ dan ini telah membantu Kuching City untuk terus mara ke hadapan.
“Kita ada banyak bantuan yang sedikit – sedikit” kata Fazzruddin sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan Kementerian Belia dan Sukan atas segala sokongan yang telah mereka berikan kini, dan ketika kelab tersebut bergelut dengan kewangan dan kemudahan.
Kuching City adalah antara kelab bola sepak paling berjaya dari Sarawak pada masa kini.
Kelab yang bermula sebagai sebuah pasukan amatur di Liga Bolasepak Rakyat, menjuarai liga tersebut, dan kini menjadi sebuah kelab profesional di liga bola sepak kedua tertinggi Malaysia.