Perkara pelik tapi benar yang selalu berlaku di Stadium Negeri

Stadium Negeri merupakan sebuah Stadium yang amat bersejarah dalam senario bolasepak Sarawak. Stadium yang berkapasiti kira-kira 20,000 penonton inilah menjadi saksi banyak perkara yang luar biasa, seperti aksi pertandingan separuh kedua akhir Piala Malaysia 1988 yang terpaksa dimulakan pada jam 11.23 malam, hingga ke kejayaan pasukan Ngap Sayot bergelar juara yang kebal pada 2013.

Namun, terdapat perkara pelik yang sering berlaku apabila musim bola sepak bermula. Perkara pelik yang dimaksudkan ialah jumlah kehadiran penonton yang diumumkan oleh pengacara pertandingan dengan jumlah penonton yang dapat dilihat dengan mata kasar.

Percaya atau tidak, lazimnya, jumlah penonton yang diumumkan oleh pengacara seolah-olah tidak sama dengan jumlah penonton yang dilihat memenuhi ruang di stadium!

Sebagai contoh, pengacara perlawanan di stadium mengumumkan bahawa jumlah penonton yang hadir berdasarkan jumlah tiket yang dijual hanyalah sekitar 2,000 orang iaitu 1/10 dari keseluruhan kapasiti stadium. Tetapi, keadaan stadium kelihatan meriah dengan kehadiran penonton yang dianggarkan seramai 10,000 orang.  Hal ini bertambah pelik jika kita mengambil kira hakikat bahawa stadium kelihatan penuh (sepatutnya menjangkau jumlah jualan sekurang-kurangnya 20,000 tiket), namun jumlah penonton hanyalah 10,000 berdasarkan jumlah jualan tiket.

Jika analisis kehadiran penonton laman 90minit.com pada musim 2016 digunakan, Stadium Negeri merupakan stadium kedua paling sedikit penonton di Liga Super pada musim lalu, dengan kadar purata penonton hanya 2,018.

Persoalan demi persoalan mula timbul. Adakah berlaku ketirisan dalam proses jualan tiket? Adakah ramai penonton yang masuk ke stadium tanpa membeli tiket?

Sekiranya berlaku ketirisan dalam penjualan tiket, perkara ini harus disiasat dan dibendung kerana ia hanyalah merugikan pihak persatuan.

Tidak dinafikan bahawa wujud segelintir penonton yang ‘nakal’ dan terus masuk ke stadium dengan memanjat pagar dan dinding stadium.

Aksi penyokong ‘nakal’ sebegini haruslah dihentikan kerana berbahaya dan mampu mengundang kecederaan pada diri mereka sendiri. Malah, mereka juka berisiko ditahan anggota keselematan di dalam stadium.

Pihak persatuan juga harus mengkaji akan perkara ini. Mungkin salah satu cara untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengurangkan harga tiket yang dilihat membebankan banyak pihak.

Ada lagi pengalaman dan perkara pelik yang pernah berlaku di Stadium Negeri? Tinggalkan komen anda dibawah.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top