Pengurusan Kuching City terbaik setakat ini

Pihak pengurusan kelab Liga Premier, Kuching City mendapat pujian daripada ketua jurulatih kelab tersebut, Irfan Bakti.

Irfan, yang merupakan jurulatih berpengalaman di Liga Malaysia memberitahu Media MFL bahawa beliau merasakan pihak pengurusan kelab tersebut adalah yang terbaik setakat ini yang pernah beliau alami.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sasaran Kuching City yang mahukan promosi ke Liga Super pada musim hadapan.

“Macam tahun lepas kita terpaksa mengadakan semua perlawanan di tempat lawan. Cuma perlawanan terakhir menentang Terengganu sahaja yang berjaya dimainkan di Kuching.” kata Irfan dalam temuramah khas yang dikongsikan di laman sosial.

“Jadi tahun ini kami dapat mengadakan perlawanan home dan away, jadi sudah pasti sasaran adalah untuk promosi. Jadi bagi saya itu adalah mandatori dan selain daripada barisan pemain yang saya ada, dan pihak pengurusan yang terbaik pernah saya alami.” jelas Irfan lagi.

Irfan turut memuji kecekapan dan profesionalisma pegawai dan pihak pengurusan Kuching City serta pemilik kelab tersebut, Fazzruddin Abdul Rahman.

“Apa yang saya lihat, walaupun mereka ni pasukan muda, pasukan baharu, tapi mereka ni saya tengok, daripada pejabat mereka, daripada kerjasama, daripada pegawai, kepada pihak pengurusan mereka, mereka begitu profesional mengendalikan pasukan.”

“Kami ada tiga pasukan, Premier, Piala Presiden, dan Piala Belia, dan ketiga – tiga pasukan kami betul – betul dijaga rapi.

“Saya amat berterima kasih kepada Presiden dan CEO kami yang mana telah begitu mengambil berat sangat tentang kebajikan pemain sehingga tidak timbul masalah – masalah yang pernah dihadapi sesetengah pasukan.” jelas Irfan lagi.

Kuching City pada musim lepas merupakan pasukan ketiga terbaik di Liga Premier di kalangan pasukan yang layak mendapat promosi ke Liga Super.

Kelab tersebut telah melancarkan jersi terbaharunya baru – baru ini yang boleh anda beli di sini.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top