Pengiran Bala bawa pasukan belia Sarawak United FC

Mantan Ketua Jurulatih pasukan Sarawak FA, Pengiran Bala akan mengemudi pasukan belia Sarawak United untuk musim ini.

Menurut laporan akhbar tempatan, Bala dilantik atas pengalaman beliau dan beliau diberi cukup kepercayaan untuk membentuk pasukan yang mampu bersaing.

“Dalam mesyuarat baru – baru ini, kami bersetujumelantik Pengiran Bala untuk mengemudi pasukan beliau Sarawak” kata Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Mohd Saif Jubaida dalam satu akhbar tempatan

“Dengan pengalaman yang ada kita percaya Pengiran mampu membentuk pasukan yang mampu memberikan saingan hebat dalam Piala Belia nanti.” katanya lagi.

bala bukanlah nama yang asing dalam bola sepak Sarawak.

Jurulatih erumur 58 tahun itu merupakan bekas pemain Sarawak FA, dan beliau juga pernah mengemudi pasukan Sarawak FA beberapa tahun lalu.

Sesi latihan bagi pasukan belia Sarawak United dijagka akan bermula pada bulan Februari kelak namun ianya akan bergantung dengan situasi Covid-19 di Miri.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top