Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) baru-baru ini telah mengumumkan pencarian pemain-pemain untuk pasukan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.
Menurut kenyataan di laman Facebook Rasmi Sarawak FA, jelajah pencarian pemain skuad Piala Presiden dan Sukma Sarawak 2020 akan dimulakan bermula 19 Oktober 2019 di Stadium Miri.
Pemilihan akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden/SUKMA Sarawak yang baharu dilantik yakni Ahmad Fairuz Yunus, dengan dibantu Safri Amit.
Menurut FAS, pemain bola sepak yang berminat untuk menyertai sesi pemilihan mestilah lahir pada tahun 1999, 2000 atau 2001.
Pemain juga seharusnya memiliki skill dan kepintaran, dan boleh berkomunikasi di atas padang.
Antara maklumat lokasi pemilihan adalah seperti di bawah:
PEMILIHAN DI MIRI
– 19 & 20 Oktober 2019 @ Stadium Miri
– 8:00AM & 3:30PM
PEMILIHAN DI BINTULU
– 26 – 27 Oktober 2019 @ Stadium Bintulu
– 8:00AM & 3:30PM
PEMILIHAN DI SARIKEI
– 9 – 10 November 2019 @ Stadium Sarikei
– 8:00AM & 3:30PM
PEMILIHAN DI SRI AMAN
– 16 – 17 November 2019 @ Stadium Stadium Sri Aman
– 8:00AM & 3:30PM
PEMILIHAN DI KUCHING
– 23 – 24 November 2019 @ Padang C Kuching
– 8:00AM & 3:30PM
Pemain yang berminat dikehendaki membawa kelengkapan bermain bola sepak sendiri dan juga bekalan minuman sendiri.