Beberapa gabungan peminat skuad Bujang Senang menuntut pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak untuk menurunkan harga tiket perlawanan agar lebih ramai peminat akan hadir ke Stadium Negeri apabila skuad Bujang Senang melayan kunjungan Lions XII.
Adalah difahamkan bahawa gabungan peminat tersebut menuntut penurunan harga tiket kerana mereka merasakan harga tiket kini adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan pencapaian skuad Bujang Senang di dalam Liga Super.
Perlawanan Sarawak menentang Lions XII esok merupakan perlawanan penting bagi Sarawak kerana ianya bakal menentukan samada Sarawak akan terus kekal di Liga Super atau tidak. Kemenangan bagi skuad Bujang Senang esok akan memastikan Sarawak kekal di Liga Super bagi musim hadapan, manakala keputusan seri meletakkan Sarawak di dalam situasi bahaya jika pasukan ATM berjaya mengutip mata penuh di tempat lawan.
Perlawanan Sarawak yang terakhir untuk Liga Super musim ini dilihat sukar kerana skuad bimbingan Fuad Grbersik terpaksa ke Khota Bharu yang merupakan kubu kuat Kelantan.