Peminat Sarawak kena mula kawal perasaan ekoran peraturan terbaharu FAM

Peminat bolasepak Sarawak, khususnya pasukan Sarawak FA perlu lebih bijak mengawal perasaan jika benar-benar sayangkan bolasepak Sarawak selepas ini ekoran peraturan dan denda baharu yang akan dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ke atas pasukan yang mana penyokongnya membuat kecoh semasa dan selepas perlawanan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hujung minggu ini tadi mendedahkan bahawa pasukan yang mana penyokongnya terlibat dengan keganasan akan mengakibatkan pasukan mereka dipotong mata.

Menurut Tunku Ismail, denda yang dikenakan ke atas persatuan atau kelab tidak mampu menebus kesakitan atau kesukaran yang dialami pasukan terlibat dan penyokong mereka perlu menanggung sama tanggungjawap atas sikap mereka.

Oleh yang demikian, penolakan markah kepada pasukan yang mana peminatnya terlibat dengan kekecohan akan dilakukan tidak lama lagi bagi membolehkan peminat menyedari bahawa mangsa sebenar perbuatan tersebut (melakukan kekecohan) adalah pasukan, dan bukan persatuan dan ahli kelab.

Tunku Ismail dalam kenyataan sama turut mendedahkan bahawa denda ke atas persatuan tidak akan membawa sebarang perubahan kepada peminat.

Peminat bolasepak Sarawak telah acap kali terlibat di dalam kekecohan dan rusuhan saban tahun, dengan pasukan Sarawak FA diarahkan bermain di dalam stadium kosong beberapa kali sebagai denda kegagalan FAS mengawal penonton.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top