28 JUN – Beberapa peminat bolasepak Sarawak FA yang ditemui telah melahirkan keyakinan bahawa penyerang terbaharu pasukan tersebut, Sahil Suhaimi, boleh mengemudi pasukan Bujang Senang keluar dari zon bahaya.
Ketika ditemui, Matthew Jalani berkata bahawa Sahil mempunyai rekod memberangsangkan di Singapura, dan beliau amat berharap penyerang tersebut mampu menyerlah bersama Sarawak.
Keyakinan sama turut diberikan oleh Mohamad Idrus yang menyatakan beliau sememangnya agak kecewa dengan pemilihan penyerang Sarawak FA sehingga kini, namun berharap keputusan Sarawak FA untuk melepaskan Mark Hartmann untuk Sahil adalah tepat.
Sahil ditandatangani sebagai pemain import terbaharu Sarawak FA beberapa minggu lepas dengan rekod pernah dipanggil untuk mencuba nasib bersama satu kelab Liga Inggeris.
Pemain Sarawak FA kini sedang bercuti sempena Hari Raya, dan dijangka akan memulakan latihan semula pada minggu ini bagi mempersiapkan diri untuk perlawanan Liga Malaysia akan datang. – sarawakcrocs.com